Suntingan Terjemahan & Kesesuaian Tempatan

 

APA YANG BOLEH KAMI TAWARKAN?

  • Mempunyai penterjemah dan pembaca pruf dalam negara berkenaan yang sentiasa bersedia, mahir dan profesional
  • Menggunakan program komputer Translation Memory and Terminology piawaian industri untuk menambahkan kekonsistenan dalam semua dokumentasi anda.
  • Mengenal loghat-loghat tertentu semasa menterjemah (i.e Mandarin China dan Mandarin Singapura) dan menyesuaikan bahasa sasaran mengikut keadaan
  • Membaca pruf dengan menggunakan hampir 20 parameter penilaian yang berbeza.

HASILNYA :

  • Terjemahan tepat dan berkualiti tinggi.
  • Perkataan natural, khusus untuk industri dan sesuai untuk produk anda di negara sasaran.
  • Istilah konsisten dalam setiap dokumen dalam pelbagai bidang

Secara ringkasnya, kami boleh menangani terjemahan umum, khusus, sumpah, ringkasan dan verbatim dari dan kepada

pelbagai bahasa dalam hampir semua bidang. Dari buku panduan kejuruteraan, dokumen guaman, manuskrip, panduan pengguna, MSDS, buku teks, kepada transkripsi suara, goresan seni mahupun ukiran batu. Teks dapat dikendalikan dalam sebarang format dan dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) atau bercetak.

Kami mempunyai sistem pengurusan glosari berpangkalan web yang selamat untuk pelanggan yang memerlukan istilah khusus syarikat.

Semua penterjemah kami telah menjalani ujian yang menyeluruh. Kami menilai penterjemah mengikut ukuran metrik penting dalam setiap tugas untuk memastikan kami selalu bekerja dengan penterjemah yang terbaik. Tidak perlu ditekankan lagi, semua penterjemah kami adalah profesional berkelayakan tinggi yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam industri ini, dan kami memastikan mereka hanya menterjemah ke dalam bahasa ibunda mereka.

B-Lingo Communications menjamin penghantaran pantas untuk dokumen yang kurang daripada 5,000 patah perkataan, dengan maksimum 120 jam waktu kerja dari masa kami menerima dokumen hingga ke penyampaiannya. Untuk fail yang lebih besar, syarat-syarat lain akan dikenakan