Siapa kami
Malaysia dan jaringan sosialnya yang berwarna-warni adalah ruang semula jadi bagi Penyedia Perkhidmatan Bahasa (Language Service Provider [LSP]) yang berminat untuk bekerja dalam suasana yang benar-benar berbilang bahasa, di mana sembilan vernakular dan berdozen bahasa asing lain digunakan sepanjang masa. Digerakkan dengan keinginan untuk membantu orang memahami satu sama lain dan untuk mengurangkan kekangan bahasa, Alberto BALANZA menubuhkan B-Lingo Communications pada bulan Mac 2001.
B-Lingo Communications telah menyediakan perkhidmatan terjemahan dan interpretasi berkualiti tinggi di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara sejak 2001.
Apa pendirian kami
Komitmen untuk menepati had waktu
B-Lingo Communications menjamin penghantaran pantas untuk dokumen yang mempunyai kurang daripada 5,000 perkataan, dengan 120 jam waktu kerja dari masa kami menerima dokumen sehingga penyampaiannya. Untuk fail yang lebih besar, syarat-syarat lain akan dikenakan.
Kerahsiaan
Semua bahan dirahsiakan dari masa dokumen diterima dan, sementara menunggu pengesahan perkhidmatan, fail akan disimpan secara off-line. Sekiranya anda memutuskan untuk tidak menggunakan perkhidmatan kami,fail akan dimusnahkan dengan serta merta.
Bagi projek besar atau sensitif, kami amat menggalakkan pelanggan untuk menandatangi Non Disclosure Agreement (Perjanjian Tidak Mendedahkan) dengan kami untuk menambahkan keyakinan. Kami terikat dengan etika profesional dan tanggungjawab kontrak untuk menjaga keselamatan maklumat pelanggan kami, bagaimana remeh sekalipun.
Ketepatan dan kekonsistenan
Alat bantu terjemahan dan parameter yang digunakan memastikan istilah yang sesuai mengikut konteks dan adalah konsisten sepanjang teks digunakan.
Lokasi kami
Ibu pejabat kami terletak di pusat Kuala Lumpur, berhampiran Menara Berkembar Petronas. Kami mengalu-alukan kedatangan semua pelanggan dan rakan di alamat-alamat kami:
Ibu Pejabat:
16th Floor, Menara Park
Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
E-mail: info @b-lingo.com
Syarikat produksi:
5-M2-1, Pantai Panorama
Business Suite, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
E-mail: pauline@b-lingo.com
Pembayaran Paypal Business dan kad kredit antarabangsa
Untuk memudahkan anda membayar secara online, B-lingo memilih Paypal Business! Dengan Paypal Business, anda boleh membayar secara online dan mengurangkan tempoh penghantaran tugas, walaupun anda tidak mempunyai akaun Paypal. Begini caranya langkah demi langkah:
- Kami bersetuju dengan sebut harga.
- Kami laksanakan kerja.
- Kami hantarkan invois kepada anda melalui e-mel.
- Anda klik butang “bayar sekarang” pada invois ini.
Anda boleh membayar secara online dengan Paypal atau mana-mana kad kredit yang diterima *.
