Sistem interpretasi serentak

 
Microphone and switchboard in interpretors booth

Terdapat beberapa jenis peralatan yang diperlukan untuk menyampaikan interpretasi serentak, sama ada dalam persidangan, seminar, bengkel atau apa-apa setting lain. Siste yang paling lazim digunakan ialah teknologi Infra Merah dan UHF.
Kedua-dua teknologi ini amat stabil dan berfungsi hampir sama; kelebihan Infra Merah ialah ia menjamin kerahsiaan, kerana isyarat tidak dapat diterima di luar kawasan.
Sebaliknya, UHF membolehkan para perwakilan mengikuti prosiding meskipun mereka meninggal kawasan hanya untuk sementara, jadi aliran naratif tidak diganggu.

Keperluan untuk berkomunikasi wayarles ialah:

  • Set kepala wayarles untuk penerimaan masa sebenar interpretasi
  • Booth kalis bunyi di mana jurubahasa duduk, dilengkapi dengan mikrofon dan meja jurubahasa. Di situlah tempat di mana interpretasi serentak dijalankan.
  • Penghantar dan radiator untuk menyebarkan isyarat audio ke seluruh kawasan dan mencapai liputan penuh untuk para perwakilan dan peserta.
  • Pasukan pekerja teknikal untuk mengawasi dan menyelesaikan masalah kecil yag mungkin berlaku semasa transmisi.

Peralatan dapat dibekalkan oleh B-Lingo untuk perkhidmatan interpretasi serentak di Malaysia dan Singapura. Kos pengangkutan dikenakan untuk acara-acara di luar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya).
Untuk setting kecil atau lawatan tapak di mana pengumuman dibuat kepada satu kumpulan besar, set FM boleh juga menjadi pilihan, tetapi ia bukan pilihan yang baik kerana gangguan suara boleh berlaku.