SEO Multibahasa & Pembangunan Web

 

Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasa yang digunakan dalam Internet. Jika anda mahu mensasarkan wilayah Asia yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, laman web dan bahan promosi anda mestilah menepati keperluan mereka. Kami dapat membantu menyerlahkan kehadiran anda online dengan merangka Pengoptimuman Enjin Carian dan kandungan web anda dalam bahasa Mandarin, Indonesian atau bahasa pilihan anda.

Perkhidmatan transkripsi

 

Rakaman audio yang perlu ditukarkan kepada teks memerlukan ksungguhan dan kerja yang teliti. Perkhidmatan transkripsi B-Lingo adalah khidmat tambahan kepada perkhidmatan terjemahan kami. Kami sering menerima tugasan daripada pelanggan yang memerlukan khidmat transkripsi untuk temu ramah, kajian pasaran atau prosiding undang-undang.

Kursus bahasa

 

Bagi pelanggan individu atau korporat, B-Lingo menawarkan kursus bahasa yang direka khas untuk keperluan pelajar. Kelas boleh diadakan di premis pelanggan atau di syarikat produksi kami. Anda akan dapat lihat hasil kursus yang dikendalikan oleh tenaga pengajar penutur asal ini jika anda benar-benar bermotivasi!

Alih suara

 

B-Lingo Communications boleh membantu anda dengan penyampaian promosi, klip video syarikat, dokumentar, iklan komersial atau hampir apa sahaja bahan audio / video yang perlu dialih suara dengan suara lelaki atau suara wanita, dengan jaminan mutu teknikal dan kandungan yang tertinggi dengan kadar yang sangat kompetitif. Kami juga boleh membuat rakaman di dalam studio yang serba canggih dan terkini.