Interpretasi serentak

 

Sejajar dengan piawaian yang telah ditentukan oleh AIIC (Persatuan Antarabangsa Jurubahasa Persidangan) kadar harian dikenakan untuk perkhidmatan interpretasi di Malaysia dan di tempat lain, serta elaun perjalanan dan elaun-elaun lain. Hubungi kami untuk butiran mengenai taklimat awal dan dokumentasi, aturan khusus dan keperluan-keperluan teknikal. Semua maklmuat adalah dikendalikan dengan penuh pertimbangan dan dianggap rahsia. Kami mematuhi sepenuhnya Kod Etika yang wajib ke atas jurubahasa profesional seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Antarabangsa tersebut. Anda dapat melihat Kod Etika pada link berikut: http://www.aiic.net/ ViewPage.cfm / page54.htm

Khidmat interpretasi serentak boleh didapati dalam bahasa berikut:

Sepanyol – Inggeris / Inggeris – Sepanyol // Melayu – Inggeris / Inggeris – Melayu

Jepun- Inggeris / Inggeris – Jepun // Mandarin – Inggeris / Inggeris – Mandarin

Itali – Inggeris / Inggeris – Itali // Korea – Inggeris / Inggeris – Korea

Arab – Inggeris / Inggeris – Arab // Turki – Inggeris / Inggeris – Turki

Thai – Inggeris / Inggeris – Thai // Rusia – Inggeris / Inggeris – Rusia

Urdu – Inggeris / Inggeris – Urdu // Portugis – Inggeris / Inggeris – Portugis

Acara penting (interpretasi) yang dikendalikan B-Lingo

 

Sehingga kini, kami telah menguruskan pasukan jurubahasa untuk lebih daripada 120 persidangan dan acara antarabangsa. Beberapa acara mercu tanda di mana B-Lingo Communications telah menyediakan perkhidmatan interpretasi serentak di Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:

2001 Kongres ITTF Kuala Lumpur

2003 Kongres Sedunia UFTAA Kuala Lumpur

2004 Kongres FIBA Selangor

2008 Kongres IDRC Kuala Lumpur

2008 Kongres WCIT Kuala Lumpur

2009 Seminar USDA Singapura

2009 UNFCCC Singapura

2009 Lawatan sambil belajar COPCA – Singapura

2010 Kongres PMTDR Shell Kuala Lumpur

2010 Kongres Antarabangsa Pengguna Selangor

Kami juga telah menyediakan Sistem Interpretasi Serentak di Malaysia dan Singapura bagi banyak lagi acara-acara yang lain.