Begitu juga, kami menyediakan khidmat interpretasi berturutan dalam beberapa bahasa kepada pelanggan yang memerlukan jurubahasa untuk rundingan, mesyuarat tertutup dua hala dan situasi lain di mana perkhidmatan serentak tidak sesuai atau tidak perlu. Beberapa jenis setting untuk interpretasi berturutan tersebut di Malaysia dan ASEAN telah digunakan dalam situasi seperti:

  • Pemeriksaan kilang
  • Lawatan rasmi delegasi
  • Lawatan ke ladang
  • Mesyuarat B2B
  • Misi dan bengkel perdagangan
  • Interpretasi perubatan di hospital dan klinik
  • interpretasi komuniti (pendatang dan kumpulan lain)

Acara lain yang memerlukan interpretasi berturutan di Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah lawatan oleh pengimport, pertandingan ratu cantik, pelancaran produk dan situasi lain yang tidak terkira bilangannya.

Interpretasi mahkamah di Malaysia

 

Kami telah beberapa tahun menyediakan khidmat Interpretasi Mahkamah di Malaysia. Bahasa yang digunakan di Mahkamah lazimya Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Sama ada ia digunakan untuk awam, jenayah, berkenaan industri atau mahkamah Syariah, kami boleh menyediakan jurubahasa yang fasih dalam ketiga-tiga bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan bahasa sasaran).