Perkhidmatan Terjemahan

 
mandarin chinese

Kami menjamin terjemahan yang pantas  dan cekap; dari terjemahan yang amat teknikal seperti buku panduan operator untuk industri penerbangan dan terjemahan alat pemasaran (laman web, portfolio risalah hinggalah kepada dokumen ringkas seperti lesen memandu. Kami juga boleh menyediakan terjemahan yang diperakui dan diterima oleh Jabatan Imigresen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kedutaan-kedutaan di Malaysia.
Terjemahan boleh didapati dalam pelbagai rangkaian bahasa Timur dan Eropah (lebih daripada 60 bahasa), bukan sahaja bahasa vernakular di Malaysia, seperti bahasa Melayu, Kantonis, Mandarin, Tamil tetapi juga bahasa Inggeris, Arab, Thai, Jepun, Sepanyol, Jerman, Itali, Korea, Rusia dan banyak bahasa lain lagi.
Pasukan penterjemah kami adalah penutur bahasa ibunda dan mereka mempunyai kelayakan profesional dan pengkhususan dalam bidang-bidang berbeza, dari Aeronautik hinggalah ke Zen.

Interpretasi

 
Interpreting Booth

Aktiviti utama kami ialah menawarkan perkhidmatan interpretasi serentak dan berturutan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Jurubahasa kami bertanggungjawab untuk merapatkan jurang bahasa dan membolehkan orang ramai yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Perkhidmatan interpretasi serentak dan berturutan ditawarkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Sepanyol, Perancis, Korea, China, Arab, Thai, Mandarin, Jepun dan banyak lagi. Para jurubahasa kami adalah profesional dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang interpretasi serentak, yang kebanyakannya telah mencapai status antarabangsa.

Kami juga menyediakan Peralatan Interpretasi Serentak, seperti set kepala wayarles dan booth kerja jurubahasa; hasilnya  pengucapan disampaikan dengan lancar dan serentak ke dalam bahasa sasaran.

Keutamaan kami: Membantu orang memahami satu sama lain

 
business professionals - job recruitment

Asia Tenggara didiami lebih daripada 500 juta manusia daripada pelbagai etnik, dalam masyarakat pelbagai bahasa. Ia adalah salah satu daripada kawasan dinamik di dunia dan satu persimpangan jalan perdagangan dan tamadun yang terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan India, di mana penggunaan pertukaran pertuturan, dialog dan rundingan telah menjadi dasar untuk pembangunan, kerjasama dan penyelesaian konflik sejak dahulu.
Matlamat utama B-Lingo adalah memastikan pelanggan mendapat kualiti perkhidmatan terbaik, pantas dan cekap.

Pelanggan kami termasuklah individu dan pelanggan korporat, serta daripada sektor kerajaan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pelanggan kami dengan melayari halaman testimonial.

Berita terkini